Melawat mangsa kebakaran bersama MB

PADA Posting sebelum ini, saya telah menyebut tentang pelancaran Portal atau Laman Web rasmi DUN Limbongan (www.limbongan.net) oleh YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Selain melancarkan Portal Limbongan.net Tok Guru juga memenuhi undangan saya untuk melawat mangsa kebakaran di Kampung Wakaf Lanas yang berlaku pada pagi kelmarin (pagi Isnin).

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Bomba dan Penyelamat, cuma sebagai perinagatan saya selalu berpesan agar kita selalu berwaspada dan mengambil berat soal keselamatan di rumah, lebih-lebih lagi pada musim kemarau seperti sekarang.

Musibah seperti kebakaran tiada siapa yang menghendakinya, namun kita tidak boleh menolak segala qadha’ dan qadar Allah SWT, tinggal lagi kita dituntut berikhtiar bagi mengelak musibah seperti itu menimpa kita.

Lainlah jika musibah seperti ribut, banjir dan sebagainya yang sama sekali di luar kemampuan kita, namun tragedi kebakaran kita mampu mengelaknya jika aspek-aspek keselamatan di rumah kita sentiasa titikberatkan.

Pada kesempatan ini saya mengharapkan mangsa yang terlibat khususnya Puan Rohani Jaafar agar banyakkan bersabar dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, mudah-mudahan Allah akan menghendaki yang lebih baik berbanding ujian yang Dia timpakan itu.

Tidak lupa penghargaan khas kepada YAB Tok Guru yang telah meluangkan masanya untuk bertanya khabar mangsa di samping menghulurkan sumbangan peribadinya kepada mangsa terlibat seterusnya semua agensi-agensi kerajaan yang bertungkus lumus turun padang bersama-sama iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Pejabat Kebajikan Masyarakat di samping Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh. (Maklumat lanjut baca di sini)

Wassalam..