Terima kasih Sinar Harian

INI bukanlah kali pertama Sinar Harian menyiarkan liputan di DUN Limbongan dalam akhbar berkenaan, namun laporan hari ini agak luar dari kebiasaan apabila dua muka surat dihiasi dengan liputan bagi DUN Limbongan, biasanya separuh muka surat pun sudah bernasib baik.

Justeru saya ingin merakamkan penghargaan kepada wartawan bertugas, saudara Norhasram Mohamad yang menulis laporan terperinci sekitar lawatan dan program semalam sehingga tiga story dimuatkan untuk edisi hari ini.

Tak lupa juga kepada pihak editorial Sinar Harian yang memberikan ruang agak luas hari ini. Semoga akhbar ini terus menjadi wadah utama memaparkan berita-berita yang sering dipinggirkan pihak media arus perdana lain.

Wassalam..

Filed Under: Penghargaan