Adun Limbongan ber’blog’

Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali ucapakan syukur kepada Allah yang memberikan kemudahan ICT ini untuk kita menjadikannya sebagai salah satu medium dakwah.

Tidak dapat dinafikan pada zaman kepantasan teknologi maklumat hari ini, medium blog adalah antara wadah yang tidak wajar dipinggirkan oleh kita bagi menyebarluaskan lagi usaha-usaha dakwah ke jalan Allah.

Terus terang saya sendiri bukanlah seorang yang pakar dalam ilmu ICT apatah lagi untuk mewujudkan laman blog seperti ini, namun jika ia tidak dimulakan selama-lamanya ia tidak akan bermula.

Sekali pun saya adalah orang politik, namun saya tidak bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai medan untuk mencaci pihak tertentu, sebaliknya saya akan cuba menjadikan blog ini sebagai medan untuk menjana sifat taqwa kepada Allah SWT dan menyuburkan unsur-unsur kasih sayang sebagai pengikat hati kita ke arah mencapai redha Allah SWT.

Setakat ini sebagai langkah pertama, wassalam.

Filed Under: Umum