Bersantai di Rhu Datok

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DUA hari lepas saya sempat bersama sahabat saya, saudara Zulkifli Sulung iaitu Editor Harakahdaily bersama team wartawannya yang berkumpul di Pantai Rhu Datok di Tok Bali.

Perjumpaan secara santai ini berlangsung penuh muhibbah kerana saya berpeluang untuk bertemu dengan pasukan penulis yang telah bertungkus lumus menkedepankan program dan agenda kerajaan ‘Membangun Bersama Islam’ selama ini.

Alhamdulillah saya dapat mendengar pandangan mereka dan saya juga memberikan idea saya untuk team ini. Mudah-mudahan pasukan ini mampu membuat sesuatu bagi terus mempertahankan kerajaan Islam pimpinan Tok Guru.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pertemuan ini anda boleh baca di blog Kak Chik.

Wassalam.

Filed Under: Umum