Masuk Facebook pula!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rupa-rupa banyak sebenarnya saluran yang boleh dimanfaatkan untuk kerja-kerja memartabatkan Islam. Salah satunya menerusi cabang teknologi maklumat atau ICT.

Cabang ICT itu sendiri pun sebenarnya tidak terhad setakat blog dan laman web semata-mata. Berbanding sahabat-sahabat lebih muda, ternyata saya agak tertinggal dalam memanfaatkan era kepantasan teknologi ICT ini.

Pun begitu tidaklah pula saya perlu membiarkan sahabat-sahabat terus meninggalkan saya menggunakan kelebihan teknologi alam maya ini. Kini sudah semacam satu kemestian, selain blog dan laman web saya juga patut membuka akaun di Facebook.

Ternyata Facebook ada kelebihannya yang tersendiri. Di Facebook, kita boleh menulis post-post ringkas yang boleh dikemaskini secara terus menggunakan telefon tangan.

Di Facebook kita boleh menulis seringkas mungkin dan dapat dibaca dengan segera oleh ahli Facebook yang lain. Tentunya sebagai wakil rakyat mempunyai akaun di Facebook adalah satu kelebihan.

Mudah-mudahan kelebihan ini dapat kita sama-sama manfaatkan untuk menyebarluaskan Risalah Dakwah di bumi ini.

Wassalam..

Filed Under: Umum